Pengorbanan Terbesar Isteri Untuk Suami, Lahirkan Anak. Badan Pun ‘Berubah Bentuk’

Selepas sembilan bulan mengandungkan bayi, sudah tentu ketika tibanya tarikh melahirkan adalah waktu yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan. Tidak kiralah anak sulung atau anak yang ke berapa sekalipun, keterujaan untuk menyambut kehadian ‘orang baharu’ dalam keluarga tetap sama. Walaupun sudah bersalin beberapa kali, setiap wanita akan tetap merasakan tahap gemuruh yang memuncak ketika ini.
Jika hospital pilihan anda berdua membenarkan suami menemani isteri, berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan buat suami ketika berada di dalam bilik bersalin.
1. Kuatkan semangat
Suami adalah hero buat isteri dan si anak. Jadi, papa kena kuat daripada segala aspek. Kalau takut darah atau jarum suntikan, papa kena bertahan dan kuatkan semangat. Sebaik-baiknya, papa berdiri atau duduk dekat dengan bahagian kepala isteri supaya dekat dengan telinganya. Tentu ia akan lebih memudahkan anda memberi kata-kata semangat dan pada waktu kontraksi menyerang, papa dapat mengosok bahagian belakang isteri.
2. Tahu teknik meneran
Sebab inilah papa perlu sama-sama menyertai kelas antenatal. Dengan itu, papa dan isteri boleh belajar teknik meneran yang betul. Jadi, apabila tiba masanya, papa dapat membantu mengingatkan isteri, cara meneran dengan betul supaya bayi dapat dikeluarkan dengan lancar.
3. Bacakan doa dan zikir
Ketika sakit kontraksi datang, kadang-kadang isteri hilang kawalan. Disebabkan itu, mungkin isteri lupa doa dan zikir yang patut diucapkan bagi mengurangkan rasa sakit. Untuk itu, papa kena jalankan peranan dengan membantu membacakan doa dan zikir yang berkaitan.
4. Bantu isteri meneran
Ketika tiba saat untuk meneran, papa perlu memberi sokongan. Antara yang boleh papa lakukan ialah mengampu badan isteri atau memegang erat tangannya agar lebih mudah untuknya meneran.5. Redakan kesakitan isteri
Proses meneran mungkin berlaku lebih daripada sekali. Tambahan pula, meneran hanya boleh dilakukan ketikan kontraksi datang menyerang. Semasa tiada kontaksi cuba redakan kesakitan isteri dengan mengurut bahagian belakangnya, mengelap peluh mahupun bisikkan kata-kata semangat. Papa boleh juga berzikir dan membaca doa bersama-sama isteri.
Sesetengah suami mungkin tidak tahu apa yang boleh dibuat ketika berada dalam dewan bersalin semasa menemani isteri. Dengan berada di sisinya sudah cukup untuk membuatkan isteri bersemangat dan lebih kuat ketika melalui proses melahirkan anak.
Dengan keredaan suami dan doanya, proses melahirkan anak boleh jadi mudah untuk si isteri. Antara doa yang boleh anda amalkan ketika isteri sedang di dalam proses bersalin adalah:


Belum ada Komentar untuk "Pengorbanan Terbesar Isteri Untuk Suami, Lahirkan Anak. Badan Pun ‘Berubah Bentuk’"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel